Pages

Sunday, 14 August 2011

bUbUr LamBuK sEmPenA RaMadHAn






RESEPI BUBUR LAMBUK
1Beras8 kilo
2Daging lembu - dicincang4 kilo
3Udang kering - dikisar1/2 kilo
4Halia - dikisar1/2 kilo
5Bawang Putih - dikisar1/2 kilo
6Bawang Besar - dikisar1/2 kilo
7Rempah sup adabi (serbuk)1 paket besar
8Penumis1 bungkus
9kacang campur (kebiasaannya buat nasi goreng)1 bungkus besar
10cili padisecukup rasa
11minyak masak2 paket
12Daun sup, daun bawang dan bawang goreng (hiasan)secukup rasa
13garam dan gulasecukup rasa
CARA

Panaskan minyak masak. Kemudian masukkan bahan penumis diikuti oleh bahan bahan yang telah dikisar. Tumis bahan tersebut sehingga garing dan naik bau. Masukkan rempah sup dan seterusnya daging yang telah dicincang kecil. Gaul sehingga daging tersebut empuk. Masukkan air sehingga 3/4 penuh dari periuk. Setelah air mendidih, masukkan beras. Bubur hendaklah sentiasa di kacau apabila beras telah mula kembang. Masukkan kacang campur dan kacau lagi. Masak bubur selama 2 hingga 2 1/2 jam. Sebelum diangkat, masukkan cili padi, daun sup, daun bawang dan bawang goreng dan digaul sehingga rata.


No comments:

Post a Comment